a. kemahiran lisan - mendengar & bertutur
b. kemahiran bukan lisan - membaca & menulis
KEMAHIRAN LISAN
2.1 Kemahiran Mendengar
Pengenalan- merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar
- satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran ( ILA, 1996)
- kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran (Yahya Othman, buku ‘Pedagogi Bahasa’)
- dinilai dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.
- perlu dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu
- lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan telah dianggarkan bagi tujuan mendengar
- Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai, pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas.
- Mendengar merupakan sebuah proses serius yang tidak boleh dilakukan hanya dengan mengendalikan kebiasaan, refleks atau perasaan.
- Mendengar yang efektif adalah keupayaan untuk menghubungkan titik-titik yang kadangkala menyatakan nasihat yang tersembunyi yang perlu kita tahu.
- Sekiranya kita kurang memberi perhatian tentang pentingnya mendengar secara efektif,ini akan seringkali menyebabkan kesilapan dalam komunikasi, salah menerima maklumat atau tindak balas dari pendengar yang tidak diharapkan.
- merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan diingati.
- berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.
- Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.
- Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran
- Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan.
- Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
- Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.
- Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif.
- Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.
- Dibahagi sebagai 4 peringkat :i. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
ii. Memahami bunyi-bunyi tersebut
iii. Menilai bunyi-bunyi tersebut
iv. Bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi
- Penutur yang merupakan punca sesuatu komunikasi akan menubuhkan kod-kod tertentu bagi mesej yang hendak disampaikan itu di dalam otaknya
- Kemudian, kod-kod tersebut akan disampaikan sebagai gelombang bunyi yang menggentarkan gegendang telinga pendengar
- Rangsangan bunyi tersebut sampai ke bahagian otak dan saraf tunjang secepat kilat dan mula diterima sebagai bunyi berasingan ataupun sebagai satu kumpulan bunyi yang mesti ditempatkan di dalam satu konteks tertentu
- Kemudian barulah ia dikenali sebagai simbol perkataan yang bermakna dalam sesuatu bahasa.
- Bahagian otak pendengar akan memadankan bunyi perkataan tadi dengan pengalaman dan kumpulan makna yang telah sedia ada di dalam otaknya, kemudian barulah pendengar dapat menjangka maksud sebenar bunyi bahasa yang didengarny
- Secara sedar atau tidak ia telah menilai bunyi tersebut berdasarkan sikap, nilai dan kepercayaannya sebelum memberi reaksi terhadap mesej penutur tadi
- Segala pengalaman dan maklumat yang diterima akan disimpan di dalam otak dan dalam keadaan tertentu ia dapat diingat kembali.
i) Mendengar Secara Aktif.
- dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif.
- melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar yang berperanan secara aktif semasa sesi perbualan
- Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula
- Anda menjadi pendengar aktif apabila anda membuat suatu ringkasan atau rumusan mengenai hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur
- Tumpuan perhatian kepada minat ,kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi halangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif
- Sebagai panduan menghayati apa yang diperkatakan ole penutur, adalah wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari segi :
b.Empati -Ini memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur. Cabarannya ialah pendengar perlulah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dalam hatinya sehinggalah penutur selesai bercakap
c.Membina Kemahiran Mendengar Yang Efektif -
Ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif ialah :
- Mengadakan interaksi secara berhadapan.- Mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan.
- Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan
air muka dan sebagainya.
- Mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas.
- Mengelakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu.
- Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam
kalangan pendengar.
- Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar.
d. Membina Kemahiran Bertindak Balas - untuk membina kemahiran tindak balas yang positif, seseorang itu perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian serta-merta terhadap kerja yang baik oleh subordinat serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat pujian. Jika dia membuat kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat diperbaiki .
ii) Mendengar Secara Pasif
- dipanggil juga sebagai mendengar secara tidak interaktif
- tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar
- Pelajar yang mendengar semasa guru sedang mengajar tidak berpeluang memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar.
- pendengar tidak berupaya mengambil bahagian dalam mewujudkan hubungan dua hala seperli mendengar kuliah, radio, menonton televisyen, filem ataupun siaran langsung
Menurut Kamarudin Haji Husin di dalam buku ‘Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa’ menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Biasanya ia boleh dibahagikan kepada sembilan kategori. Antaranya adalah :
- Mendengar Secara Pasif - pendengar biasanya tidak berupaya memahami makna keseluruhan yang diucapkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarinya dan juga kurang memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkataan yang didengar itu
- Mendengar Secara Bertelau-telau - biasanya berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua atau mereka yang mempelajari bahasa asing.Pendengar biasanya kurang mampu mendengar bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan dan tidak berjaya untuk membentuk konsep dan gagal memahami ujaran yang diperdengarkan kepada mereka itu
- Mendengar Tanpa Tindak Balas - pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu kerana pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan
- Mendengar Secara Menebuk-nebuk - Pelajar hanya menebuk-nebuk perkataan atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu
- Mendengar Dengan Beremosi - Pendengar sudah dapat merasakan sesuatu sehingga memberangsangkan emosinya. Mereka sudah mula mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran yang didengarinya itu
- Mendengar Secara Berhati-hati - Pelajar harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat dalam sesuatu pengucapan itu supaya setiap butiran yang dituturkan dapat difahami dengan tepat dan betul
- Mendengar Secara Kritikal - Pada peringkat ini, pendengar bukan sahaja dapat memahami sesuatu pertuturan dengan baik, bahkan berupaya memilih dan menentukan perkara-perkara yang benar dan yang palsu
- Mendengar Dengan Pengamatan - biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal.Pendengar akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan apabila ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya
- Mendengar Secara Kreatif - kemahiran yang paling tinggi. Pada peringkat ini, pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah dia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan itu
- Antara jenis bahan yang biasa digunakan dalam kemahiran mendengar adalah :
1) Memandang kepada pengucap
2) Berprasangka baik
3) Niat yang betul
4) Tumpuan yang tinggi
5) Perhatikan apa yang ditulis
6) Fokus apa yang ditunjuk
7) Latih diri banyak mendengar dari bertutur
Kecekapan Berbahasa Dalam Kemahiran Mendengar
a. Mendengar dan memahami tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain dalam
kehidupan seharian.
b. Mendengar dan memahami maklumat tertentu seperti fakta, idea, dan hujah-hujah
yang terkandung dalam berita, ucapan rasmi serta siaran media massa.
c. Mendengar dan memahami arahan yang dituju kepadanya serta dapat memberi respons
ke atas arahan tersebut.
d. Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang
diperihalkan oleh orang lain.
e. Mendengar dan dapat membuat nota ringkas daripada maklumat yang diperoleh
menerusi pelbagai bahan sumber.
- memudahkan kita mengenali dan mengingati penyampai yang memberi maklumat ataupun ucapan kepada kita
- apabila kita mendengar sesuatu perkara yang disampaikan dengan tekun, penyampai akan rasa lebih dihargai
- untuk menerima dan memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tepat
2.2 Kemahiran Bertutur
Definisi- kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia
- berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk
Hubungan antara kemahiran bertutur dengan kemahiran mendengar adalah saling berkait rapat. Oleh itu, kemahiran bertutur melibatkan beberapa konsep iaitu :
a. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
b. Pertuturan berlaku pada peringkat pelahiran setelah penutur dapat lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya.
c. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya.
d. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur.
e. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula membolehkan penutur berinteraksi atau berkomunikasi secara berkesan.
f. Penutur fonologi yang baik boleh menguasai sesuatu bahasa dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.
Tujuan bertutur
i. Bercakap untuk tujuan memaklumkan - bertujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin berbentuk nasihat, tunjuki ajar dan berita.
ii. Bercakap untuk keseronokkan - Apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri,kita akan bercakap atau bersembang dengan orang lain, kadangkala kita diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang berkaitan dengan sesuatu majlis
iii. Bercakap untuk tujuan mempengaruhi - merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian sama ada dari segi sosial, politik, ekonomi dan agama.
iv. Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah - Kita perlu bercakap untuk menyelesaikan sebarang masalah, kesulitan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mengadakan mesyuarat, perbincangan , perundingan, simposium, forum, debat dan perbicaraan, misalnya perbicaraan di mahkamah, iaitu perbicaraan yang berbentuk perdebatan antara peguam bela dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim.
Aspek-aspek pertuturan
i. Sebutan
- ialah cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa
- bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat mengikut bunyi, ejaan dan makna
- terdapat banyak dialek di Malaysia dan ini telah mempengaruhi sebutan mereka apabila mereka bertutur dalam bahasa Melayu.
- Misalnya: ikan dalam bahasa Melayu baku disebut ike ( dialek Kelantan), ikang (dialek Terengganu)
- salah satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu
- bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan itu
- tekanan menguatkan aspek makna dalam konteks ayat
- unsur yang digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat
- Lambang jeda ditandai /#/
- Contoh:
- /#saja minum susu lembu#/
(maksudnya : orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu yang lain).- /#saja minum susu # lembu #/
(maksudnya: orang yang bercakap itu memanggil orang yang dilawan bercakap itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu)
- keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan
- intonasi boleh menurun, boleh menaik, boleh mendatar, boleh meninggi dan sebagainya
- Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi yang menaik pada akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.
- satu sistem pertuturan atau undang- undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat
- terdiri daripada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis
Dari segi fonologi, pelajar harus boleh membunyikan kata dan menyebutnya dengan tepat.
Dari segi morfologi, mereka harus boleh memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
Dari segi sintaksis pula, mereka perlulah boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jelas dan kemas.
- Seseorang pelajar harus dipastikan boleh bercakap mengikut tatabahasa yang betul untuk memperoleh kebiasaan bertutur dan bercakap dengan sempurna dan berkesan
- bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas
- boleh mengeluarkan idea, pendapat dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pandangan dan pendapat tersebut dalam bahasa yang kemas, licin dan teratur
- boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan licin, tetapi boleh juga membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas
- bererti kemampuan menggunakan bahasa itu dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai
- Tujuan utama adalah untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa itu untuk tujuan berkomunikasi secara tepat dan dapat digunakan dalam konteks yang sesuai
- Za’ba membahagikan bahasa lisan kepada dua jenis, iaitu gaya cakap mulut dan gaya bahasa pasar
Bahasa cakap mulut yang digunakan biasanya mempunyai susunan yang ringkas, mudah, pendek dan kadang- kala terdapat beberapa perkataan yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu tulisan.Selain itu, gaya bahasa cakap mulut banyak menggunakan singkatan seperti tak, nak, dah, ni, tu, yang kata penuhnya terdiri daripada kata tidak, hendak, sudah, ini, dan itu.
Bahasa pasar Melayu pula ialah bentuk bahasa yang digunakan apabila orang Melayu bertutur dengan bangsa asing. Gaya bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi ialah gaya kacukan, iaitu yang mengikut gaya mirip kepada susuk dan telor pengucapan bahasa asing.
- Gaya bahasa juga boleh berdasarkan nada yang telah dikenal pasti oleh Gorys Keraf (1981) dalam tiga gaya bahasa
a) Gaya yang sederhana
- digunakan untuk memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah dan sebagainya
- tujuan untuk menyampaikan maklumat, bahasa untuk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu
b) Gaya yang mulia dan bertenaga
- bertujuan menggerakkan pendengar atau pembaca ke arah sesuatu tindakan
- menekankan aspek tenaga yang ada pada bahasa melalui pilihan atau susunan kata-kata tertentu
c) Gaya menengah
ix. Panjang dan pendek (mora)
- gaya yang diarah kepada usaha untuk menimbulkan suasana tenang dan damai
- Nada yang bersifat lemah- lembut, penuh kasih sayang dan mengandungi unsur-unsur lucu yang sihat
- situasi yang menimbulkan penggunaan gaya menengah ialah situasi berpesta dan rekreasi
- kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
- biasanya tidak jelas dalam bahasa Melayu dan sekiranya ada pun tetap tidak membezakan makna
- keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu dilafazkan
- Kanak-kanak bertutur secara pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar dan butir-butir pertuturan dapat difahami dengan jelas.
- dapat mempengaruhi pertuturan seseorang individu ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai dialek kawasan masing-masing
- Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
- biasanya terhasil daripada organ-organ vocal manusia
- kecacatan fizikal dapat mempengaruhi pertuturan sesorang.
- Lelaki kebiasaannya bertutur dengan suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur dengan sopan dan lemah lembut
- didapati kanak-kanak perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki
- hal ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.
- penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar
- jika seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka tidak jelas dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan
- setiap orang mempunyai kecerdasan otak masing-masing dan kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui pertuturan mereka
- seseorang yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat yang bernas serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan betul
Peringkat Awal
- pertuturan biasanya berlaku dengan bertanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid
- seseorang guru pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan dan bertatasusila
- seseorang guru haruslah bercakap dengan terus terang dan ikhlas terhadap pelajar mereka tentang sesuatu perkara
- murid-murid diajar untuk membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar
- kemudian, guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri dan mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa kepada murid-murid tersebut
- Pelajar juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas serta mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan yang mudah.Kemudian, pelajar yang lain akan memberi komen secara mudah serta membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan terhadap sesebuah aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
- proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti mengemukakan pendapat atau cadangan serta berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat
- pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan yang dibuat
- pelajar juga diajar untuk menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu serta dapat memberi respon peribadi tentang karya sastera ataupun tentang sesuatu perkara
Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur
a. Aktiviti bercakap untuk keseronokan
1. Murid menyampaikan cerita.
2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.
3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.
4. Murid menyanyi.
5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.
6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau guru.
7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru baru yang datang mengajar di kelas mereka.
8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957
b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan
1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.
2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas tentang cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau cara memasak sesuatu masakan.
3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya, tentang rancangan atau jadual kokurikulum.
4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola sepak, ragbi, bola jaring atau bola keranjang.
5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau persatuan di sekolah.
6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang dijalankan berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini adalah kerja kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk mencari bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau esei.
c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi
1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang atau pembangkang.
2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.
3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu persatuan yang diwakilinya di sekolah.
4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.
d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah
1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik darjah, kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau mencalarkan kereta guru.
2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan sebagainya.Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas, membimbing, menegur dan membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil bahagian dalam mesyuarat, perbincangan atau forum adalah terhad.
3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai saksi, pegawai polis dan juri.
4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada mereka menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding tentang masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.
5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula.
6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah.